1,2,3 Disember 2012


Assalamualaikum..
lagi beberapa minggu je dah nak naik sekolah kan.. kan..
cuti sekolah ni korang pergi mana je? mesti ada yang pergi bercuti luar negara. bestnya.. tapi yang tak bestnya yang tak keluar langsung laa.. terperap je kat rumah. takpe yang penting korang tak stress :)
aku nak citer pasal percutian aku pulak ni. hehe.
for the first time nya tahun ni family aku banyak kali balik kampung. kira bercuti la ek. hihi. ada wedding. camping. lepaking. karaokeing. apa lagi yang -ing nya. haha. wedding cousin 2 hari. belah lelaki sekali kitaorang join, kak Rina and husband. Selamat Pengantin Baru :) then, yang paling bestnya.. pergi rombongan belah lelaki dapat sit VIP, huhu. duduk depan plak tu sebelah pengapit (malu.. malu..) yang tak tahan nya masa tu dah la hujan.. memang lebat ar. duduk kat sit VIP tu angkat kain haa.. maklum la banjir gitu. nasib baik meja tu alas nya panjang.. takde lah orang nampak. haha.

yang pasti sedara mara aku semua sekepala dengan aku. haha. itu yang paling best. lagi-lagi sepupu yang memang sporting gila. mandi sama-sama. makan sama-sama. everything buat sama-sama. haha
no stress. no problem. no sadness.


betul cakap orang. kampung lagi tenang daripada bandar. kenapa la bandar tak macam kampung eh. tapi itu lah kelainan yang tak boleh kita nak ubah. syukur ada kampung. kalau nak release tension boleh balik kampung :) duduk kat tepi laut. wahh.. terlalu tenang. bila malam lagi cantik dengan diteman kan bulan dan bintang. ecehh.. jiwang la pulak. hehe

alamak. dah petang. nak makan. lapar pulak. okey lah. insyaallah kalau panjang umur boleh la post banyak-banyak nanti. hehe. bye.

"In three words i can sum up everything I've learned about life: it goes on."
- Robert Frost

"There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle"
- Albert Einstein


Thank You !!

2013? SPM? life success?



tutap. tutap. tutap. dah nak masuk 2013. ayoo.. cepatnya masa berlalu. apa-apa pun goodluck kat batch 97 yang nak amik result PMR next week. semuga dapat keputusan yang cemerlang. amin..
okay. sekarang ni yang paling ditakuti oleh aku adalah. cehh.. ayat skema plak XD lupakan. lupakan.
next year aku nak kena amik SPM. kalau tak amik tak boleh ke? macam susah je bunyi nya tu. apatah lagi soalan-soalan nya. lagi satu nak complain sikit nih. yelah. kita kan dah masuk 2013.. dewan peperiksaan tu taknak di upgrade kan ke? kot nya la nak letak penghawa dingin. ecehh :p tapi alhamdullillah.. bersyukur ada tempat nak jawab periksa. daripada takde langsung.. kan susah tu.. yelah.. sejak-sejak banjir ni. kesian kat mangsa keadaan (Eh. lari topik pulak)




sejak-sejak ni masalah sentiasa mengundang. entah siapa yang jemput dia pun aku tak tahu. nak kata aku buat kenduri kahwin takde pulak. tapi setiap masa pulak dia tu datang. sedih.. sedih.. haha
insyaallah.. naik sekolah ni je mungkin aku akan jadi pendiam sikit (konon je tu). yelah balik sorang-sorang, rehat pun sorang-sorang. mana tak nya, aku ni kan "jahat" sikit. hahaha. disebabkan 'gadis melayu terakhir' tu hidup aku ada gempar bumi je sentiasa. nasib baik tak runtuh rumah-rumah kat kawasan perumahan aku ni. kalau tak bawah jambatan laa jawabnya aku tumpang tidur. hehe

actually, aku nak berterus-terang ni. aku ni tak minat pun nak dengar cerita dia, sebab bila aku cerita.. dia malas nak dengar. pedih kan?? then, dia suka cakap adik dia itu la ini la comel la.. hurmmmm (krik. krik. krik) aku pun ada adik juga. adik aku lagi comel. hahhaa. whatever. dia sorang je ada family, orang lain takde. sorry for saying. *muka cute* *penampar sampai*

ish.. tak elok mengata dia. istighfar dulu..
tapi bak kata cikgu Azira.. ini bukan mengata tapi cerita kebenaran. takpe kan rasa nya.. alahai. bukan selalu mengata dia pun. haha. maaf. maaf.

*tutup cerita*




lepas habis SPM aku nak buat apa ek?
kalau nak kata kerja ayah tak bagi.. nak amik lesen kereta pula, bila masa nak belajar bawa kereta? siapa nak ajar? takpe. pape pun. yang penting result SPM tu biar gempak sikit. baru la orang tak pandang serong kat kita. kan. kan. :)

pada tahun 2013 ni.. aku yang bernama SITI ZULIANA akan menjadi seorang pelajar senior di sekolah menengah dan bukan budak sekolah tadika lagi dan juga bukan budak nakal yang suka menjemput kemalasan pergi kenduri doa selamat. HAAA.. terasa macam hebat pulak. hoho. ok. ok.

(aku tengah tulis blog ni.. si cleaner india tu boleh pulak bukak lagu 'dia' pagi-pagi buta macam ni. pastu si couple boleh pulak buat drama depan rumah aku ni. aduh.. pening.. kalau hindustan takpe lah jugak. ada la sikit-sikit aku faham. haha.)

dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim.. insyaallah kalau ada masa aku akan update blog lagi.
Assalamualaikum :)


Thank You !!

ASSALAMUALAIKUM

    
Dah lama tak update blog. busy sangat.. banyak masalah pulak tu *sigh* (forget it)
2 minggu je lagi nak peperiksaan akhir tahun, takde mood nak study. terasa malas gila pun ada tapi banyak syllabus yang tak masuk dalam otak ni. macam mana eh nak jadi pandai? stress betul >.< jealous bile tengok budak-2 pandai yang lain. boleh mati kalau macam ni laa!
Sejak-2 ni banyak betul mengundang masalah, entah tiba-2 je datang. rasa nak tumbuk orang pun ada jugak! dah lah sejarah lama jadi balik, terasa macam dulu-2 pulak. adakah masa dah berpatah balik?? o.o
sekarang ni sekolah lain macam pulak. ada grill sana sini. pukul 3 dah tak boleh naik kelas. kalau tertinggal barang kat kelas macam mana? problem-2
nasib baik tengok citer-2 korea dapat hilangkan stress. heheh.. maka, setiap hari Siti Zuliana akan melihat video macam kat bawah ni setiap malam sebelum tidur. nanti masa tidur boleh lah tersengih-2 bila bayangkan muka diorang *matablingbling* hoho
tengok la video ni jap.





ini lagu Like The Birds by Ft. Island. suka dengar lagu ni bila sedih atau stress, sebab lagu ni macam bagi semangat. lagipun bila dengar je banyak teringat kenangan-2 yang best :) tak lupa jugak sebab diorang semua comel + handsome gila-2 >.< (menggatal) hahah.
lagu
The ClimbButterfly Fly Away, True Friends dan banyak lagi. lagu-2 Miley Cyrus ni pun banyak jugak yang best. boleh pulihkan kesedihan pun ada :) bagi semangat, menceritakan kisah-2 kehidupan remaja.. [peminat miley cyrus]

eh. tengok jam dah pukul 10 lebih. nak kena tidur ni. sejak-2 ni setiap hari memerlukan tenaga yang secukupnya. kalau tak nanti penat pastu malas. :)
ok lah. yana menaip malam-2 macam ni nanti esok pagi pening pulak. k. bye.

"
Jangan Biarkan Kesedihan Menguasai Diri Kita" -SITI ZULIANA
Thank You !!

breakdance by Faradyable

The Lord Of The Ring



Thank You !!